Sunday, December 14, 2008

Bukan Cinta..

Apakah yang kau harapkan dariku?
Jikaku tidak mencintaimu,
Maafkanlah aku kerna menhancurkan hatimu

Padamkan aku dari hidupmu
Tiada kebahagiaan dariku untukmu,
Ia hanya melukakan

Mengapa kau tidak putus untuk mengambil hatiku?
Memberikan cinta, kasih dan sayang padaku
Yang tidak tahu menghargai

Tiada cinta dariku untukmu
Hanya kebencian dalam hatiku
Untuk kau melupakan ku
Sedarlah dari mimpimu
Aku akan pergi meninggalkanmu….

Akukah Yang Bersalah?

Akukah yang terlalu curiga,
Atau kau kah yang terlalu menyembunyikan perasaanmu padaku,
Terkulai aku di padang cinta ini,
Ketandusan warna cinta darimu,

Silapkah aku menilai erti cintamu itu,
Atau salahkah aku untuk menyayangi dirimu,
Atau butakah aku mengenal erti sebuah cinta,
Hingga perasaan ini tersisih jauh dari kaca matamu,

Masih ternilaikah lagi perasaan cinta itu untukku,
Sehingga perasaan ini terbiar sepi,
Kekosongan tanpa irama,
Kegelapan tanpa cahaya….

Terlalu lemah kaki ku melangkah mengharungi onak duri ini,
Sudah jenuh aku menerima kesakitan ini,
Tidak mampu lagi merintih kelukaan,
Terlalu sarat jiwa ini dengan penderitaan,

Hanya Tuhan saja yang tahu,
Betapa ikhlas nya hati ini,
Melakar warna cinta untukmu,
Namun mengapa aku sering di duga,

Sudah terlalu jemu untuk menerima dugaan demi dugaan,
Terlalu perit lukanya,
Terlalu pahit rasanya,
Namun… bilakah bahagia akan menjelma…..

Kenapa Cinta Susah Datang..?

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

Kasih Itu Tiada Penghujung..

Kekasih, mengertilah dikau ada sekelumit rindu
Biarpun tiada dikau tahu
Sering diri dalam kerinduan
Menyapa cinta hati milikmu

Kerana kasih diberi bukan sedikit
Kasih yang ada untuk dikau bertakha disinggahsana
Namun, cinta memerlukan pengorbanan
Walau tahu akan kehilangan
Tiada diri alpa pada kenyataan

Takdir-Nya,sudah tertulis buat kita
Hanya seketika mengisi bahagia
Itu jua Anugerah-Nya,
Kerana insan biasa, terleka dan terlena

Kasih itu tiada berpenghujung,
Walau tamat riwayat hidup…
Walau dihempas badai gelora
Cinta tetap hadir…

Cinta itu bukan mainan
Rindu itu bukan gurauan
Kasih itu bukan tandingan
Serahkan pada yang berhak…

Luahan Sekeping Hati

Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini… Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali… Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih… Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku… Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Menyesal??? ah… langsung tidak terbetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..

Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Pergilah Cinta..

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi….